Selamat datang ke Web ZI TAILOR

ZI TAILOR adalah perniagaan milikan tunggal yang dimiliki oleh Rapidah bt Ibrahim yang didaftarkan dengan nama ZI TAILOR (no. pendaftaran SA0165656-U). ZI TAILOR telah menjalankan perniagaan ini dari tahun 2008 dan ianya baru didaftarkan dengan SSM pada 7 September 2010.Buat masa ini, kami hanya mengambil tempahan menjahit langsir, baju melayu, baju kurung, sarung kusyen/sofa dan bed sheeting. Kami juga ada menyediakan fabrik untuk langsir dari jenama 'J Design' yang rekaan corak fabriknya lebih kepada rekaan moden.Kami juga ada menyediakan perkhidmatan menjual dan memasang rod langsir(kayu kualiti tinggi) dan juga aluminium railing.

Perancangan Masa Depan

Kami sedang merancang untuk mengembangkan lagi skop perniagaan kami iaitu dengan tidak hanya mengambil tempahan/upah menjahit sahaja, tetapi kami akan memulakan dengan menjual langsir pasang siap dan juga sarung kusyen perhiasan secara online. Untuk langsir pasang siap, labuh langsir adalah mengikut kehendak pelanggan (biasanya jika membeli langsir pasang siap, labuh langsir tidak mengikut kehendak pelanggan dan mereka tepaksa menghantar kepada tailor untuk diubah/dipotong).Jika segala perancangan berjalan dengan lancar, kami akan mula menjual langsir pasang siap dan sarung kusyen perhiasan sebelum akhir Disember tahun ini (2010).


Ingin tambah pendapatan melalui program Affiliate?Klik di sini.